Wednesday, March 16, 2011

Banyak yang tidak tahu perbezaan penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' dalam pertuturan mahupun penulisan. Kali ni saya ingin kongsikan dengan anda penggunaan kata sendi nama tersebut yang betul.
.
.
Kata Sendi Nama 'dari'
.
.
Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu sahaja. Contoh penggunaan kata sendiri 'dari' adalah seperti berikut:
.
  • Angin kencang bertiup dari arah selatan.
  • Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.
  • Anda datang dari mana?
  • Tempoh pertandingan bermula dari tarikh penyerahan borang itu.
  • Hal itu telah diketahui dari waktu senja lagi.
  • Kerajaan itu terkenal dari kurun ke- 18 lagi.
.
.
Kata Sendi Nama 'daripada'
.
.
Kata sendi nama 'daripada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur maujud, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Perlu ditegaskan juga, penggunaan kata sendi nama 'daripada' bagi maksud punca hanya terhadp kepada manusia, haiwan dan benda termasuk unsur maujud juga.
.
  • Carlos Tevez menerima bola daripada Silva.
  • Meris menjauhkan diri daripada bahaya Tsunami.
  • Cadangan daripada sekolah kami telah diterima.
  • Kerusi itu diperbuat daripada kayu berlian.
  • Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan oksigen.
  • Upin lebih baik daripada Ipin.
  • Perangai Suria berbeza daripada perangai adiknya.

0 Comments:

Post a Comment



Bicara Manusia Berakal

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya untuk membalas dan bersikap adil ketika masih kuat"