Tuesday, March 15, 2011

Kesilapan Penggunaan Kata Pemeri

Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa merupakan salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Antara kesilapan yang dilakukan oleh pengguna bahasa termasuklah penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.
.
.
Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah pula digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu kata adalah juga tidak boleh hadir di hadapan kata kerja. Contoh-contoh kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah.
.
.
Salah : Rezeki adalah anugerah Tuhan.
Betul : Rezeki ialah anugerah Tuhan.
.
Salah : Aznizah adalah guru kelas Tahun 4 Cemerlang.
Betul : Aznizah ialah guru kelas Tahun 4 Cemerlang.
.
Salah : Seminar ini ialah untuk pelajar tahun 5 sahaja.
Betul : Seminar ini adalah untuk pelajar tahun 5 sahaja.
.
Salah : Meja itu ialah besi.
Betul : Meja itu adalah besi.
.
Salah : Matlamat utama Ketua Kampung adalah membantu keluarga Budin.
Betul : Matlamat utama Ketua Kampung adalah untuk membantu keluarga Budin.
.
Salah : Adalah dimaklumkan bahawa sekolah mula dibuka ...
Betul : Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah mula dibuka ...
.
Salah : Para pelatih adalah dipelawa memohon ...
Betul : Para pelatih dipelawa memohon ...
.
.
(Sumber: Dewan Bahasa Edisi November 2010, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)

0 Comments:

Post a Comment



Bicara Manusia Berakal

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya untuk membalas dan bersikap adil ketika masih kuat"