Friday, March 25, 2011

Pelbagai strategi dan teknik digunakan oleh guru untuk mengajar di dalam bilik darjah. Murid juga mempunyai teknik dan cara belajar mereka sendiri. Apabila saya melihat ketekunan mereka membuat latihan yang diberikan, saya teringat masa saya di bangku sekolah dulu, malas sangat mau belajar, tapi tengok sekarang, jadi guru juga akan datang. Bukan nya malas selamanya tapi kena juga ada usaha. Macam juga murid saya di kelas Tahun 2 Anggerik ni. Ha, di bawah ni gambar-gambar murid saya yang harus menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Ada semangat untuk belajar dan buat latihan yang diberikan.
.
.
Sikap saling menolong murid lain yang lemah
suatu amalan mulia yang harus ada dalam diri murid.
Ketekunan murid semasa membuat tugasan
atau latihan yang diberi oleh guru

Yang pandai membimbing yang lemah,
memberi tunjuk ajar kepada rakan.

Membuat tugasan mengikut cara sendiri, keselesaan.

Susahnya soalan ni!
Kenapalah cikgu bagi soalan susah.

Macam mana nak tulis jawapannya ni?
Ada sesiapa boleh bantu saya ka?
.
.
Masa depan mereka terletak di tangan guru yang mendidik mereka serta di tangan mereka sendiri. Guru bertindak sebagai pengajar, pembimbing, pemudahcara dan role model yang terbaik kepada murid. Laksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan bijak dan seikhlas-ikhlasnya. Jangan mengharapkan murid sendiri, tetapi bantu seboleh yang mungkin.

Tahun 2 Anggerik

Tahun 2 Anggerik, murid-murid yang bakal diajar oleh Cikgu Tom selama sebulan (4 minggu). Sekarang tinggal 3 minggu saja untuk mengajar murid-murid di kelas tahun 2 Anggerik ini. Hari Rabu tu aku sempat masuk kelas ni, sesi berkenal-kenalan dengan murid-murid di kelas ni. Paling banyaklah murid yang akan saya ajar ni iaitu seramai 34 orang. Syukur juga, semua mereka ni, aku tengok baik-baik semuanya dan masalah berbahasa tu agak kurang sebab mereka kan murid yang pandai dan baik. Nama mereka ni unik sangat sampai, aku sendiri susah mau sebut dengan betul. hehehehe
.
.
Mula mengajar Hari Khamis, 24 Mac 2011. Starting yang agak pelahan mantapnya. Masih belum ada pengalaman mengajar, memang agak kaku berdepan dengan murid. Tapi kali pertama mengajar ni berjalan dengan baik juga sebab aku dapat mengawal kelas dan murid bekerjasama dalam aktiviti P&P. Ni beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika murid-murid saya membuat latihan pemahaman yang diberikan.
.
Senarai nama murid Tahun 2 Anggerik (Tak jelas kan)
.
i
Sapa bilang mengajar ni senang? Sapa?...huahuahua... silap la orang yang berbicara sedemikian. Mengajar budak ni bukan senang tau. Susah sangat berbanding pekerjaan lain. Tapi nilah suatu kerjaya yang amat mulia, mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berjaya dan berguna kepada negara suatu masa nanti. Percayalah, ia akan terjadi..hohohoho

Lega rasanya, minggu pertama praktikum sudah selesai dengan sempurna. Syukur kerana saya dapat merasa sendiri bagaimana nak jadi guru yang hebat, mantap dan bergaya mendidik, dalam situasi sebenar. Minggu pertama ni banyak juga tugasan yang saya buat. Hari pertama sampai di sekolah, saya dan 4 lagi rakan yang lain turut serta mengikuti perhimpunan rasmi sekolah. Bersama kami juga ada sekumpulan junior kami yang menjalani PBS Fasa 1. Bestnya.
.
.

Logo Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau,

Keningau.

Pejabat guru SK Kg. Keningau. Sangat luas dan selesa.

Ni saya dengan si Wan. Tengah main DOTA. hehehe

Yang baju biru ni, si Roi. Yang dua lagi Ono ngan K. Mana dia tu..oo
.
.
Aku ditugaskan mengajar kelas tahun 2 Anggerik. Ajar Bahasa Melayu sebanyak 9 waktu bersamaan 4 jam 30 minit. Boleh tahan juga lamanya. Bukan sehari ye, tapi empat hari dari hari Isnin hingga Khamis. Hari Jumaat, tiada ku mengajar. Duk urus portfolio dengan buku rekod praktikum.
.
SELAMAT DATANG KE SK KG KENINGAU.

Wednesday, March 16, 2011

Banyak yang tidak tahu perbezaan penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' dalam pertuturan mahupun penulisan. Kali ni saya ingin kongsikan dengan anda penggunaan kata sendi nama tersebut yang betul.
.
.
Kata Sendi Nama 'dari'
.
.
Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu sahaja. Contoh penggunaan kata sendiri 'dari' adalah seperti berikut:
.
  • Angin kencang bertiup dari arah selatan.
  • Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.
  • Anda datang dari mana?
  • Tempoh pertandingan bermula dari tarikh penyerahan borang itu.
  • Hal itu telah diketahui dari waktu senja lagi.
  • Kerajaan itu terkenal dari kurun ke- 18 lagi.
.
.
Kata Sendi Nama 'daripada'
.
.
Kata sendi nama 'daripada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur maujud, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Perlu ditegaskan juga, penggunaan kata sendi nama 'daripada' bagi maksud punca hanya terhadp kepada manusia, haiwan dan benda termasuk unsur maujud juga.
.
  • Carlos Tevez menerima bola daripada Silva.
  • Meris menjauhkan diri daripada bahaya Tsunami.
  • Cadangan daripada sekolah kami telah diterima.
  • Kerusi itu diperbuat daripada kayu berlian.
  • Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan oksigen.
  • Upin lebih baik daripada Ipin.
  • Perangai Suria berbeza daripada perangai adiknya.

Guru harus bijak ketika memilih bahan bantu mengajar agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik lagi berkesan.
.
.
Praktikum Fasa 1 dah dekat, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Lebih kurang 78 jam sahaja lagi. Bagi kawan-kawan saya di IPG Kampus Keningau, awal untuk saya mengucapkan selamat menjalani praktikum fasa 1, pada diri saya sendiri juga, semoga berjaya melaksanakan praktikum nanti.
.
.
Berkenaan dengan pemilihan BBM untuk pengajaran bahasa (khas kepada guru-guru Bahasa), tidak susah untuk dicari atau yang lebih baik, buat sendiri. Yang penting menarik dan berkaitan dengan topik yang diajar. Tiga aspek penting dalam pemilihan BBM bahasa iaitu:
.
.
Kepentingan BBM untuk mencapai Objektif P&P
.
Kepentingan BBM terhadap Pelajar
.
Kepentingan BBM dari sudut masa
.
Perkembangan Emosi dan Sosial Pelajar
.
Pengetahuan dan Keperluan Pelajar
.
Peranan guru dan Murid dalam penggunaan BBM
.
.
Apapun, pemilihan BBM ni bergantung kepada guru itu sendiri, nak pakai yang mana sesuai asalkan tidak membebankan diri sendiri dan murid. Guru juga harus bijak dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan dalam mengajar bahasa. Bahan BBM tidak akan mendatangkan kesan kepada murid jika guru sendiri tidak memainkan peranan dengan sewajarnya. Oleh yang sedemikian, kerjasama antara guru dengan murid amatlah diperlukan dalam membentuk aktiviti P&P yang berkesan. SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM SEMUA... * _ *

Mungkin tidak banyak pendidik yang memanfaatkan sumber bahan bantu mengajar mereka di bilik darjah dengan baik. Jelas dan nyata sekali jarang penggunaan majalah sebagai salah satu sumber atau medium untuk meningkatkan pretasi berbahasa murid. Di sekolah, memang tidak banyak sumber atau bahan rujukan apatah lagi sekolah di kawasan luar bandar atau di pedalaman.
.
.
Kebijaksanaan seorang pendidik seharusnya dilihat dari sudut aplikasi sumber yang sedia ada dan belum ada. Saya sendiri sedar dan pernah alaminya di bangku sekolah dahulu, tidak banyak pendidik yang menggunakan majalah sebagai sumber rujukan atau bahan bantu dalam P&P. Sekarang baru saya menyedari hakikat tersebut, majalah amat penting bagi meningkatkan kemahiran berbahasa murid-murid di sekolah khasnya murid-murid di kawasan luar bandar dan pedalaman. Usahlah menggunakan majalah yang mahal harganya sampai berpuluh-puluh ringgit, cukuplah sekadar empat hingga tujuh ringgit. Memadai juga jika pendidik sendiri yang membeli majalah itu, maklumlah gaji beribu-ribu tak kan nak beli majalah yang harga tak sampai puluhan ringgit pun tidak mampu.
.
.
Majalah yang ingin saya katakan ini bukan majalah yang macam Maskulin, majalah Remaja atau lain-lain, tetapi majalah ini paling sesuai untuk murid-murid di sekolah rendah. " melentur buluh, biar dari rebungnya", nak tingkatkan bahasa Melayu bukan mudah. Majalah tersebut adalah majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Pelajar, Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa. Ini satu-satunya majalah (Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka) paling sesuai dalam proses pembelajaran bahasa dari peringkat awal khasnya untuk murid-murid sekolah rendah. Majalah lain boleh juga digunakan yang penting bahasa penulisannya tidak membinggungkan apabila dibaca.
.
.
Membudayakan sikap "Suka Membaca" harus dicetuskan dari akar umbinya, jangan di peringkat batangnya yang sudah tumbuh daun hijaunya barulah digilap, manakan tidak jadinya pohon yang berkembang dengan segar. Didikan dan bimbingan awal harus dilakukan dari peringkat sekolah rendah. Jadi pendidik yang mendidik di peringkat sekolah rendah harus memainkan peranan penting dalam mengembangkan serta membudayakan sikap membaca di kalangan murid-murid. Pengajaran di bilik darjah jangan hanya bergantung kepada buku teks yang disediakan, tetapi gunakan buku lain atau bahan bacaan lain untuk dijadikan bahan pengajaran yang mudah dan sebagai pengukuhan aktiviti pembelajaran murid.

Mencintai Bahasa

Aku mencintai bahasa
kerana bahasa turut berjuang
menegakkan ilmu
menghormati keperibadian
kerana bangsanya
sopan beradab.
.
.
Aku mencintai bahasa
kerana bahasa sangat pemalu
pabila berhajat
undangannya beralas
berkias sopan
penuh makna.
.
.
Aku mencintai bahasa
kerana bahasa itu budiman
pabila berbicara
tuturnya santun
tersusun indah
selembut sutera
.
.
Hasil Nurkilan: Pancha Delima (DB, 2011)

Tuesday, March 15, 2011

Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa merupakan salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Antara kesilapan yang dilakukan oleh pengguna bahasa termasuklah penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.
.
.
Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah pula digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu kata adalah juga tidak boleh hadir di hadapan kata kerja. Contoh-contoh kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah.
.
.
Salah : Rezeki adalah anugerah Tuhan.
Betul : Rezeki ialah anugerah Tuhan.
.
Salah : Aznizah adalah guru kelas Tahun 4 Cemerlang.
Betul : Aznizah ialah guru kelas Tahun 4 Cemerlang.
.
Salah : Seminar ini ialah untuk pelajar tahun 5 sahaja.
Betul : Seminar ini adalah untuk pelajar tahun 5 sahaja.
.
Salah : Meja itu ialah besi.
Betul : Meja itu adalah besi.
.
Salah : Matlamat utama Ketua Kampung adalah membantu keluarga Budin.
Betul : Matlamat utama Ketua Kampung adalah untuk membantu keluarga Budin.
.
Salah : Adalah dimaklumkan bahawa sekolah mula dibuka ...
Betul : Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah mula dibuka ...
.
Salah : Para pelatih adalah dipelawa memohon ...
Betul : Para pelatih dipelawa memohon ...
.
.
(Sumber: Dewan Bahasa Edisi November 2010, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)

Fungsi makro bahasa secara umumnya dapat dikaitkan dengan tujuan, keinginan dan keperluan seseorang penutur ketika menghasilkan sesebuah slogan. Fungsi ini terdiri daripada tujuh komponen iaitu:
  1. Fungsi Emosi
  2. Fungsi Direktif
  3. Fungsi Rujukan
  4. Fungsi Metalinguistik
  5. Fungsi Estetik
  6. Fungsi Fatik
  7. Fungsi Kontekstual

Fungsi mikro bahasa pula boleh dikaitkan dengan penulisan sesebuah slogan yang dikembangkan daripada salah satu elemen fungsi makro. Dengan kata lain, sesebuah fungsi itu merupakan variasi bentuk ujaran yang memiliki fungsi makro yang sama. Misalnya, dalam fungsi direktif, penutur berusaha untuk membuat orang yang dituturkan meluahkan sesuatu untuk kepentingan dirinya.

(Sumber: Dewan Bahasa Edisi November 2010)

Monday, March 14, 2011

Nak menulis RPH ni kena ada format yang khusus tapi bagi subjek lain, saya tidak tahu la, mungkin sama saja dengan subjek bahasa Melayu. Ni saya paparkan contoh Format RPH untuk subjek bahasa Melayu. Jangan hairan pula, kalau formatnya berbeza dengan format anda tu k....

Dalam RPH yang dirancang, haruslah mengandungi beberapa perkara utama seperti berikut:
  1. Maklumat umum misalnya
  • Tarikh
  • Matapelajaran
  • Kelas
  • Bilangan Pelajar
  • Masa
  • Tajuk
  • Penerapan nilai
  • BBM
  • Unsur KBKK
  • Pengetahuan Sedia ada dll..

2. Objektif / Hasil Pembelajaran (Rujuk Huraian Sukatan)

3. Langkah-langkah P&P


Penerangan:

  • Di bahagian aktiviti P&P, anda harus menjelaskan aktiviti-ativiti yang akan dilakukan oleh guru sama ada secara berpusatkan murid, bahan ataupun guru sendiri.

  • Setiap aktiviti juga, anda harus laksanakan sekurang-kurangnya secara individu, berpasangan mahupun secara berkumpulan.

  • Bahagian aktiviti P&P ini kebiasaannya adalah penjelasan untuk bahagian Isi Kandungan dengan lebih jelas.

  • Di bahagian catatan, biasanya ditulis BBM, TKP, Nilai yang diterapkan, Gabungjalin Matapelajaran atau kemahiran dan seumpamanya yang berkaitan.

  • Untuk keterangan lanjut mengenai pembinaan RPH ini, boleh rujuk kepada pensyarah pembimbing anda yang lebih berpengalaman.

Permulaan bagi bakal-bakal guru, memang agak kelam sedikit jika tiba masa praktikum ni. Tapi semua tu, aku tidak kisah sangat cuma yang aku kisah ni, pasal hari-hari nak buat RPH. Umm RPH pun aku tidak tahu sangat nak buat yang mantap, tapi boleh juga minta kat kawan-kawan. Hehehe, ni aku share sikit pengajaran makro teaching bagi subjek PSV. Maklumlah jadi cikgu kena ada persediaan awal di peringkat IPG ni, bukan kelaur terus jadi cikgu. Untung sangat lah saya dapat masuk IPG ni, semaunya ada. Tidak sama macam Universiti. Pasti IPG HEBAT...

Ni saya kongsikan kepada anda pengalaman melaksanakan pengajaran makro untuk subjek PSV 3107, sangat mencabar la nak jadi guru ni. Bukan senang tau, cuma mudah ej la.. Hahahaha. Pengajaran Makro ni secara langsung dibuat pada 10 Mac 2011 di SK Bukit Langsat (Bilik Garas IPG Kampus Keningau). Mengajar kegiatan Menggambar dengan teknik Kolah kaedah Gulungan untuk murid-murid tahun 5 selama 60 minit (1 jam). Saya tak dapat paparkan gambar semasa pelaksanaan P&P tu, cuma kat sini saya paparkan hasil kolaj yang murid-murid saya buat.



Yang ni hasilan guru sebagai BBM

Yang ni pulak, contoh hasilan guru ke-2

Nak jadi pemudahcara kepada murid semasa membuat aktiviti P&P bukan mudah, apatah lagi murid-murid sekolah rendah. Tapi, nasib baik murid-murid yang saya ajar masa ni semuanya terlalu hebat, memang hebat sangat la. Ni antar contoh-contoh hasil kolaj mereka yang mantap.

Ni hasil Linda

Ni Meris punya

Yang ada pasu ni Amri punya karya

Jennifer punya ni pun mantap juga

Hasil karya Roystein

Yang cantik ni, Ho F.C yang buat

Aznizah punya karya pun boleh tahan juga



Semua hasil karya murid-murid saya ni mantap-mantap belak, tiada yang mampu tandingi hasil kolaj mereka. Banyak cabaran yang saya lalui ketika melaksanakan makro teaching PSV ni terutamanya mengajar mengikut RPH yang dibuat. Maklumlah, RPH kena buat sebelum mengajar, WAJIB kepada guru-guru pelatih mahupun guru-guru di sekolah. Apapun, saya masih dapat mengawal kelas saya kerana murid saya hanya 7 orang sahaja. (Murid-murid saya ni sebaya umurnya dengan guru yang mengajar).

MORFOLOGI & SINTAKSIS

Masa ni, saya tengah mengkaji aspek Morfologi dan Sintaksis dalam bahasa Melayu, so ni rujukan utama saya yang digunapakai. Dua buku hasil tulisan Prof. Abdullah Hassan.





Kedua-dua buku ni sumber rujukan saya selepas saya menggunakan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Nahu Melayu Kini. Tapi ada lagi buku lain yang boleh jadikan rujukan

Akhirnya saya dapat juga log in kat blog saya ni setelah setahun saya lupa password. Malang kan. Hahahaha, tapi tak pa, kali ni saya sudah tulis email ngan password sekali, so tak akan lupa lagi kecuali tempat saya tulis tu hilang. Buat masa ni saya nak tunjukkan buku asas kepada insan-insan yang berminat nak kaji bahasa Melayu, ni buku-buku yang harus anda gunakan.. kalo tidak pun, jadikan sebagai rujukan k..








;;

Bicara Manusia Berakal

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya untuk membalas dan bersikap adil ketika masih kuat"